Peserta yang bertanding akan membentangkan projek sekurang-kurangnya TRL 2 dan ke atas berasaskan 5 fokus utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Hydrogen Economy and Technology Roadmap, Artificial Intelligence, Biotech, Startups dan Aerospace berbentuk poster dan video yang mempunyai Formulation of Concept. Pertandingan ini akan menjadi platform kepada belia dan pelajar IPT yang mempunyai Produk Inovasi yang distruptif untuk dibangunkan dan berpotensi untuk melahirkan Syarikat start-up. Pertandingan ini terbuka kepada belia dan pelajar IPT tahun dua & akhir yang berumur 18 sehingga 33 tahun.
Objektif:
- Mencungkil bakat dan minat belia dan pelajar IPT terhadap peluang yang disediakan dalam Malaysia Techlympics 2024 melalui Sains, Inovasi & Teknologi.
- Mewujudkan platform kepada belia dan pelajar IPT yang mempunyai prototaip/produk inovasi yang distruptif dan berupaya dibangunkan ke peringkat start-up.
- Melahirkan bakat inovasi (start-up) dan pembangunan teknologi dengan pemikiran(mindset), keupayaan diri(skillset), dan tindakan(action-set) untuk mencipta inovasi yang bermakna.
Peraturan Dan Kelayakan Pertandingan:
- Pertandingan ini terbuka kepada belia dan pelajar IPT Tahun dua & tahun akhir secara individu atau maksima tiga (3) orang dalam satu kumpulan.
- Setiap peserta hanya boleh menghantar satu produk untuk satu kategori.
- Pembentangan sesi pitching akan dibuat oleh individu atau ketua projek sahaja. Bahan boleh diedarkan kepada juri sebelum sesi pitching bermula.
- Masa yang diperuntukkan untuk sesi pitching ini adalah maksima selama 10 minit; lima (5) minit diperuntukkan untuk membuat pembentangan. Lima (5) minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab.
- Pembentang hanya dibenarkan untuk memaparkan 5 slaid dalam satu sesi pitching.
Panduan Untuk Pembentang:
Maklumat yang perlu ada untuk pembentangan (5 minit):
- Penyataan masalah.
- Penyelesaian teknologi yang sedia untuk dikomersialkan.
- Sasaran pasaran yang boleh memberi impak kepada masyarakat.
- Model perniagaan yang boleh memberi impak kepada masyarakat.
- Strategi pemasaran yang memenuhi keperluan negara sebagai negara pengeluar.
Kriteria Penilaian
- Teknologi yang dibentangkan adalah teknologi gunaan mengikut bidang fokus Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Kecerdasan Buatan (AI), Reka Bentuk Kreatif dan Animasi, Pencetakan dan Pembangunan 3D, Pengkomputeran dan Mikro Pengkomputeran, Internet Pelbagai Benda (IoT), Robotik, Nano, Dron dan Teknologi Angkasa telah dijadikan elemen utama pertandingan.
- Teknologi yang sedia untuk dikomersialkan.
- Teknologi boleh memberi impak kepada masyarakat.
- Teknologi tersebut mampu memenuhi keperluan negara sebagai negara pengeluar.
- Pembentang dapat menerangkan dengan jelas kaedah untuk membangunkan teknologi.
- Pembentangan selesai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Juru Penilaian
Pertandingan ini akan diadili oleh Pakar Pembangunan Perniagaan start-up. Juri-Juri MT-X² startup akan dipilih oleh Sekretariat Malaysia Techlympics 2024. Sebarang keputusan juri adalah muktamad.